Seperti yang kita baca dalam Utusan Malaysia bertarikh 5 Oktober 2010, di negara kita statistik menunjukkan kanser pangkal rahim semakin meningkat sehingga mencapai angka yang membimbangkan. Di mana 12.2 orang bagi setiap 100,000 wanita telah didiagnoskan dengan kanser pangkal rahim.
Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Saunthari Somasundram mendedahkan kematian melibatkan kanser lebih tinggi berbanding kelahiran baru.
Malah di Asia, kanser pangkal rahim membunuh wanita dalam tempoh setiap empat minit. Kajian mendapati 50 hingga 80 peratus wanita mendapat jangkitan virus human papilloma (HPV) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka dan 50 peratus daripada jangkitan itu berakhir dengan kanser pangkal rahim.
Menurut Dr. Saunthari, dalam setiap sejuta wanita yang dijangkiti HPV, dianggarkan 10 peratus atau 100,000 orang akan mengalami perubahan tidak normal (sel pra kanser atau servikal displasia).
Ini adalah peringkat awal kanser pangkal rahim tetapi lebih 50 peratus kes displasia biasanya akan hilang dengan sendiri.
"Bagaimanapun, lapan peratus (8,000) wanita yang mempunyai sel tidak normal ini akan mendapat kanser pangkal rahim dan 1,600 daripadanya adalah kanser yang cepat merebak.
"Yang lebih membimbangkan ialah, kanser pangkal rahim ini tidak mempunyai gejala dan biasanya penyakit dikesan apabila sudah teruk," katanya.
Maka dengan pendedahan ini diharapkan kaum wanita di luar sana lebih prihatin tentang mahkota wanitanya dengan melakukan pencegahan/persiapan awal sebelum dijangkiti virus HPV..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan