Sebenarnya terdapat 2 jenis senggugut iaitu senggugut primer (primary dysmenorrhea) dan senggugut sekunder (secondary dysmenorrhea). Sekiranya anda masih berada dalam lingkungan usia remaja kemungkinan besar senggugut yang dialami adalah senggugut primer. Lazimnya senggugut primer akan beransur kurang apabila remaja itu mencapai usia 20-an dan mungkin akan sembuh setelah berkahwin dan melahirkan anak (tips: nak hilangkan senggugut kahwinlah cepat2 yep..hehe).
Namun senggugut jenis kedua perlu diberi perhatian serius oleh kaum wanita kerana punca utamanya adalah disebabkan oleh endometriosis. Endometriosis boleh menyebabkan seseorang wanita itu sukar hamil atau kerap mengalami keguguran. Pertumbuhan endometriosis ini bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid maka ia akan terus membesar dan merebak menyebabkan senggugut menjadi semakin serius.
Endometriosis..anehnya penyakit ini. Semakin hari semakin ramai wanita menghidapinya. Penyakit ini berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh di tempat lain di luar rahim (biasanya di ovari, belakang rahim, tiub fallopio, pundi kencing dan juga tempat aneh yang lain seperti parut caeserean). Tisu endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding dan otot rahim yang akan menyebabkan penyakit adenomyosis. Mengapa endometrium ini tumbuh di merata tempat tidaklah diketahui puncanya. Ada beberapa teori yang dikeluarkan untuk menjelaskan keadaan ini seperti darah haid yang melimpah ke belakang rahim melalui tiub fallopio mungkin disebabkan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted uterus), wanita yang mementingkan kerjaya dan sering stress, sistem imunisasi yang lemah serta ada yang mengaitkannya dengan gangguan jin (mungkin dari sudut pandangan pengamal perubatan Islam la yerk..^_^ ).
Apabila tisu endometrium ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat rangsangan hormon dalam kitar haid. Lapisan ini juga akan mengeluarkan darah apabila seseorang wanita itu period. Sekiranya keadaan ini berlaku di ovari darah akan berkumpul di situ dan menyebabkan cyst ovari.
Menurut pakar perubatan penyakit senggugut tiada ubatnya. Bagi yang mengalami senggugut teruk doktor mungkin mencadangkan suntikan, mengambil pil perancang ataupun mengambil supplemen EPO (Evening Primrose Oil). Namun begitu pengambilan suntikan mahupun pil perancang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti mendapat penyakit batu karang dan juga menopaus awal. Bagi yang disahkan menghidapi endometriosis pula terdapat beberapa rawatan seperti penggunaan ubat hormon progesteron (confirm la ada kesan sampingan kan???) dan juga pembedahan laparoscopy untuk membuang cyst atau membetulkan keadaan retroverted uterus. Bagi kes yang teruk pilihan terakhir ialah membuang rahim dan ovari (owwhhh...tidakkk....saya pasti sebagai wanita anda tidak mahu ini terjadi). Namun terdapat satu artikel yang menyatakan penggunaan herba cina sebagai satu rawatan alternatif bagi menangani endometriosis. Saya pastekan linknya di sini: http://medicine.com.my/wp/?p=7413. Cara paling mudah biasanya mereka yang senggugut ini mengambil pil tahan sakit yang boleh memberi kesan buruk pada tubuh dalam jangka masa panjang (pil tahan sakit tidak menyembuhkan pun...ilang sakit kejap jerrr) ataupun meletakkan botol air panas atau tungku di perut .
Begitulah sedikit sebanyak pembacaan dan pengetahuan saya tentang penyakit senggugut. Walaupun senggugut dikatakan tiada ubatnya namun berdasarkan testimoni yang diterima senggugut hilang secara berperingkat selepas menggunakan FC Bio Sanitary Pad. Menurut maklum balas pengguna yang telah pulih mereka menggalakkan penggunaan FC Bio Pantiliner (pek yang berwarna hijau) yang kerap dalam tempoh tidak period. Setiap hari hendaklah menukar 3-4 keping pantiliner. Ketika period pula teruskan dengan memakai pad biru (day) atau merah (night). Tempoh pemulihan adalah berbeza mengikut individu. Jika anda rasa yakin bagi saya tidak rugi dan tidaklah salah kita berusaha..siapa tahu FC Bio Sanitary Pad dapat membantu anda (sudah tentu dengan izin-Nya..insyaallah).
Jika anda berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg produk dari availbeauty sila PM or contact me : 019-9012052
TQ >_~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan