Rabu, 10 November 2010

Jenis-jenis Kanser Yang Menyerang Wanita

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan. Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.



Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.


Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal. 



Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.


Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.


Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.


TANDA-TANDA AWAL KANSER


1. KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)
-“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan abnormal melalui faraj
-“Pendarahan selepas hubungan kelamin


2. KANSER FARAJ DAN VULVA
-“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
-“Kegatalan
-“Pendarahan yang abnormal
-“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat


3.  KANSER OVARI
-Ketidakselesaan di kawasan pinggul 
-kembung, sendawa, bergas 
-kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan 
-pendarahan abnormal melalui faraj
-pembengkakan abdomen.


4. KANSER RAHIM
-pendarahan selepas menopaus
-discaj atau lelehan di antara tempoh haid
-haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.


5. KANSER PAYUDARA
-Pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.
-Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam
-bersisik, berdarah, 
-mengalami discaj, sakit serta tidak selesa 


6. KANSER USUS DAN REKTUM
-Pendarahan dari rektum
-Darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam
-Najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil
-Ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).


Cara untuk mengurangkan risiko kanser :
- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.


** DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA (20 JAN 2008)**


Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya mempunyai ahli keluarga yang disahkan mengidap kanser.. kerana kanser juga menyerang atas faktor keturunan..


Maka pencegahan risiko kanser adalah sangat penting****


"PENGGUNAAN PRODUK YANG BERKUALITI MAMPU MENCEGAH RISIKO KANSER"


Jika anda berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg produk dari availbeauty sila PM or contact me : 019-9012052

TQ >_~

Tiada ulasan: