Dalam entri sebelum ini saya sudah pun menulis tentang kaitan antara senggugut dan endometriosis serta cyst ovari. Punca kepada penyakit ini tidak begitu jelas dan seringkali dikaitkan dengan hormon wanita iaitu estrogen. Kali ini saya ingin berbicara mengenai fibroid.
Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan dalam rahim tetapi bukan kanser (bukan kanser tidak bererti harus dipandang ringan). Seperti endometriosis, punca fibroid juga tidak diketahui dengan jelas tetapi biasanya dikaitkan dengan faktor genetik, hormon dan faktor persekitaran. Fibroid ini biasanya menyerang wanita yang berusia 50 tahun ke bawah iaitu pada peringkat usia reproduktif (iaitu belum menopaus). Walaupun ketumbuhan ini dikategorikan sebagai bukan kanser dan tidak berbahaya tetapi ianya adalah penyebab utama wanita terpaksa menjalani histerektomi iaitu prosedur membuang rahim (adakah ini yang kita mahu?eeeii...xnakkk). Fibroid juga boleh menjadi bahaya jika ia menyebabkan pendarahan yang banyak dan fibroid juga sebenarnya boleh berubah menjadi kanser (risiko sangat kecil iaitu kurang daripada 0.13%).
Fibroid boleh terjadi pada rahim atau pangkal rahim dan saiznya juga berbeza-beza di antara seorang wanita dengan wanita lain; ada yang seketul sahaja dan ada yang berketul-ketul dengan saiz sekecil guli hinggalah sebesar buah kelapa. Fibroid menunjukkan gejala-gejala seperti tempoh haid yang panjang dan banyak (mengakibatkan anemia...huh..takutnyeee), kesakitan di bahagian pelvik, kerap atau sukar buang air kecil (akibat tekanan fibroid pada pundi kencing) dan juga masalah sembelit atau buasir. Fibroid juga menimbulkan komplikasi ke atas wanita yang hamil iaitu berisiko untuk bersalin awal dari jangkaan tarikh, meningkatkan risiko keguguran, kelahiran songsang, menghalang proses kelahiran secara normal (terpaksa lakukan pembedahan caesarean...alhamdulillah..nsib baik aku xpenah) dan berisiko tinggi mengalami pendarahan selepas bersalin (post partum haemorrhage).
Pilihan rawatan untuk fibroid adalah samada penggunaan ubat-ubatan (jika fibroid bersaiz kecil) ataupun pembedahan. Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 sentimeter dan wanita tersebut belum mempunyai cahaya mata boleh memilih kaedah pembedahan untuk membuang fibroid sahaja (myomectomy) tetapi sekiranya wanita itu sudah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid pembedahan untuk membuang rahim (histerektomi) akan lebih disarankan oleh pakar bagi mengelakkan fibroid daripada tumbuh semula.
Dan saya pula sebagai seorang wanita ingin berkongsi tentang kebaikan produk FC Bio Sanitary Pad kepada rakan wanita sekalian. Bagi yang masih sihat marilah bertukar kepada tuala wanita alaf baru ini (tuala wanita biasa mungkin menjejaskan kesihatan) dan bagi yang kurang bernasib baik (sudah ada fibroid) boleh cuba untuk merawat fibroid anda dengan tuala wanita berubat ini (mudah-mudahan anda tidak perlu menjalani histerektomi). Saya bukannya seorang doktor pakar; hanyalah seorang sahabat yang prihatin terhadap kesihatan diri sendiri dan rakan wanita yang lain. Saya hanya mengingatkan diri saya sendiri dan anda juga betapa MAHKOTA kita perlu dijaga sebaiknya..Insyaallah..
Jika anda berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg produk dari availbeauty sila PM or contact me : 019-9012052
TQ >_~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan