Selasa, 19 April 2011

Mengapa Perlu Bertukar Kepada FC Bio Sanitary Pad?



Sebelum menemui FC Bio Sanitary Pad saya seperti wanita lain juga akan mencari tuala wanita biasa yang banyak dijual di kedai-kedai runcit & pasaraya. Biasanya saya akan cari yang value for money..sebab saya fikir pad itu pun nanti akan dibuang juga selepas digunakan. Yang penting bagi saya tuala wanita itu mestilah boleh melindungi diri saya daripada kebocoran. Namun, saya tidak tahu..walaupun pad itu letaknya cuma di celah paha dan digunakan untuk menakung darah kotor sahaja banyak kesan sampingan yang boleh menyakitkan saya di kemudian hari (sedihnya saya..dah bertahun-tahun saya pengguna setia jenama *****).

Selama ini saya selalu mengalami haid yang tidak teratur dan period yang lama (hingga mencecah 2 minggu) setiap kali tiba masa itu. Kadang-kadang saya mengalami keputihan juga (masalah yang biasa dihadapi wanita) dan lazimnya saya menggunakan pantiliner jenama biasa (yang penting sebungkus pantiliner tu mesti banyak jumlahnya). Lazimnya, ketika memakai pad dan pantiliner tersebut saya berasa panas, gatal, berpeluh dan tidak selesa. Dan paling saya benci tempoh period saya selalunya akan jadi panjang. Saya juga menghadapi masalah darah period yang berketul-ketul, menyakitkan dan banyak (saya terpaksa tukar pad 2 jam sekali untuk mengelak kebocoran - bayangkan betapa tak selesanya saya).

Saya percaya apa yang saya lalui ini dialami oleh wanita lain juga malah ada yang lebih teruk lagi (mungkin kena fibroid, endrometriosis, cyst dan paling menakutkan kanser!!!). Masalah sakit puan sering kita anggap biasa walhal masalah2 tersebut boleh mengundang kepada masalah lain seperti sukar hamil dan mungkin rahim juga akan dibuang. Apabila kita sudah terkena barulah bermacam perasaan berbaur dalam fikiran kita..kenapa aku?? Apa dosa aku?? Tetapi adakah anda sedar sebenarnya anda sendiri yang mengundang penyakit itu untuk datang. Setiap bulan anda merisikokan kesihatan kewanitaan anda dengan menggunakan tuala wanita biasa. Memang benar setiap penyakit itu ujian Tuhan tapi bukankah tanggungjawab anda untuk menjaga kesihatan anda sendiri?

Setiap bulan kita menggunakan tuala wanita biasa yang diperbuat daripada kertas kitar semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu (diapers bayi dan orang tua juga menggunakan bahan yang sama). Bahan-bahan ini akan diproses untuk dilembut dan digebukan supaya lebih menyerap dan lembut apabila dipakai. Bahan ini juga akan menjalani proses pemutihan agar kelihatan putih seperti kapas (cuba anda gunting sedikit pad biasa anda dan cuba tepuk - kelihatan debu2 halus berterbangan di udara; membuktikan ianya bukan kapas). Sesetengah kilang menggunakan gas klorin, dioksida dan hipoklorida bagi proses pemutihan ini. Malangnya, sewaktu proses ini dioksin terhasil yang memudaratkan kita sewaktu menggunakan tuala wanita. Dioksin - mungkin punca kepada masalah sakit puan yang kita hadapi selama ini ditambah lagi dengan corak pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat. Seboleh mungkin kita cuba hindari benda-benda yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri kita; jadi mengapa anda harus biarkan diri anda terdedah kepada risiko setiap bulan?

Saranan saya bertukarlah kepada FC Bio Sanitary Pad. Mungkin harganya lebih sedikit daripada tuala wanita biasa di pasaran tetapi masih dalam lingkungan mampu milik; cuma RM10 untuk pantiliner sebanyak 20 keping serta RM11 dan RM12 bagi day dan night yang berjumlah 10 keping setiap satu. Kiranya sekeping pantiliner RM0.50, day RM1.10 dan night RM1.20..bukanlah mahal sangat pun kalau hendak dibandingkan dengan baju, kasut, beg tangan, minyak wangi dan alat solek yang anda gunakan. Mentang-mentanglah pad cuma duduk di bahagian tersembunyi; pakai yang murahan pun tidak mengapa padahal kewanitaan andalah yang paling penting untuk dijaga kerana itulah MAHKOTA kita bukannya RAMBUT (jangan luaran sahaja cantik dan wangi tetapi busuk di dalam - maaf andai terkasar).

FC Bio Sanitary Pad mengandungi 17 jenis herba yang mampu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika haid. Testimoni menunjukkan kandungan herba ini mampu menghilangkan senggugut, mengatur kembali kitaran haid, mencegah bau, mencegah jangkitan kuman, menghilangkan kegatalan dan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Lapisan permukaannya diperbuat daripada 100% kapas (cepat meresap - mengurangkan risiko kebocoran), lapisan tengah yang mempunyai daya serapan yang tinggi serta lapisan bawah yang telus udara (kalau pakai pad biasa rasa macam berkuapkan?). FC Bio Sanitary Pad ini juga lebih nipis maka lebih selesa untuk dipakai.




So marilah sama-sama kita jaga kesihatan diri kita & juga kecantikan dalaman kita...KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA...!!!

Tiada ulasan: