Selasa, 19 April 2011

Kanser Serviks ::: Adakah HPV Puncanya?

Kanser serviks..dengar perkataan kanser je sudah menakutkan. Mungkin sbb penyakit kanser amat berkait rapat dgn kematian. Kanser ini spt yg sume org sedia maklum merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Kanser serviks dan kanser payudara,  kedua-duanya berkait dgn organ reproduktif wanita. Kadang-kala saya tertanya-tanya gak napa harus kedua-dua kanser ini menjadi penyebab utama kematian wanita. Knpkah kita tak cuba memahami apakah sebab di sebalik meningkatnya kes wanita yang menghidap penyakit ini?

Skang ni di media massa kerajaan sdg galak mengadakan kempen vaksinasi HPV untuk pelajar perempuan di seluruh negara. Vaksin ini yg diberikan melalui suntikan pelalian dipercayai dpt mencegah kanser serviks. Isunya di sini adakah vaksinansi tersebut benar-benar dapat melindungi seseorang wanita itu drpd serangan kanser serviks. Dikatakan terdapat lebih 100 jenis virus human papilloma maka pengambilan vaksin bagi HPV jenis tertentu tidak akn dpt menjamin perlindungan bagi jenis HPV yg lain. Juga sebenarnya terdapat pelbagai isu berkaitan dengan vaksinasi ini (cubalah surf tentang cervical cancer hoax).

Sy sendiri pun masih ragu-ragu utk membenarkan anak perempuan saya disuntik dengan vaksin HPV ini (nasib baik dia masih berusia bawah 9 tahun). Bg wanita yg dah berkahwin pula dan telah melepasi usia remaja (yg dah pernah melakukan hubungan kelamin) pula perlu menjalani ujian pap smear secara berkala agar pengesanan awal kanser dapat dilakukan (saya pun sebenarnya agak kurang selesa hendak membuat ujian ini...nak check time sihat malu beb..huhu).

Melalui pembacaan saya penyebab sebenar terjadinya kanser serviks ini adalah tidak diketahui. Jangkitan kuman HPV cuma salah satu daripada punca (70% berpunca daripada virus ini) dan virus ini hanya merebak daripada hubungan kelamin. Mereka yg setia pada satu pasangan kurang berisiko berbanding dengan mereka yang sering bertukar-tukar pasangan (ini logiklah sebab itu Islam mengharamkan zina).

Sebab-sebab lain ialah memulakan hubungan kelamin pada usia yang terlalu muda (umur berapa yang dikatakan muda tu? smbl garu kerapa...hehe), mengandung lebih daripada lima (betul ke..orang zaman dulu selalu beranak banyak-banyak sihat je..mak aku sndiri pun beranak smp 11 org...^_^..ahakss), tidak menjaga kebersihan anggota sulit (pakailah pad herba Avail..insyaallah boleh hindari jangkitan kuman) dan kurang daya tahan melawan penyakit (merokok pun boleh jadi punca sebab merokok boleh mengurangkan imunisasi tubuh..sebab itu saya paling anti perokok..tp nak wat mcmane majoriti penghuni kt umah sy 2 perokok..redha je laaa...).

Seperti yg kita tau tentang endometriosis, cyst dan fibroid. Kesemua penyakit wanita ini juga tidak diketahui puncanya termasuklah kanser serviks. Apa yg jelas penyakit-penyakit ini berlaku akibat pertumbuhan sel yg luar biasa. Adakah ini juga ada kaitan dengan hormone disruptors? Saya sudah pernah menulis tentang bahan kimia yang bertindak sebagai hormone disruptors ini dalam entri yang lepas (boleh rujuk dalam entri yang bertajuk Kertas Oh Kertas.

Saya tidak berani hendak mengaitkan tuala wanita dengan kanser serviks (kemungkinan tetap ada bukan??). Saya berharap akan ada saintis yang mahu membuat kajian tentang kesan sampingan menggunakan tuala wanita pakai buang (menggunakan kertas yang dilunturkan dengan klorin) terhadap sistem endokrin wanita. Mungkin juga penyebabnya bukan tuala wanita tetapi keadaan bumi sendiri yang sudah banyak tercemar dengan bahan kimia sejak bermulanya revolusi perindustrian dahulu. Air, udara, tanah yang merupakan sumber kepada makanan manusia sudah dicemari bertahun-tahun dahulu dan kesannya baru dirasai sekarang..siapa tahu kan?

Jika anda berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg produk dari availbeauty sila PM or contact me : 019-9012052

TQ >_~

Tiada ulasan: