![]() |
| Adakah kertas buangan ini digunakan untuk membuat tuala wanita dan lampin bayi pakai buang? |
Dioksin ialah sejenis hormone disruptors iaitu sejenis bahan yang mengganggu sistem hormon yang normal dalam tubuh manusia. Biasanya pengganggu hormon ini bertindak dengan menyamar sebagai hormon sebenar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Hormon yang paling kerap diganggu oleh toksin ini ialah estrogen (kenapa mesti estrogen ya?) maka toksin ini juga digelar xenoestrogen yang dikaitkan dengan kanser payudara, endometriosis dan lain-lain masalah reproduktif wanita.
Dioksin yang terhasil daripada proses pembuatan kertas tadi bukan sahaja mencemarkan air dan udara malah turut meresap ke dalam produk kertas itu sendiri (tuala wanita pakai buang mengunakan kertas sebagai salah satu komponennya). Walaupun pihak industri pulpa dan kertas menyatakan bahawa mereka telah menggantikan penggunaan gas klorin sebagai agen pemutih dengan ECF (Elemental Chlorine Free) atau TCF (Totally Chlorine Free) namun ECF bukanlah 100% bebas klorin (hanya mengurangkan sahaja); cuma TCF sahaja yang benar-benar bebas klorin. Sayangnya kebanyakan pengeluar memilih menggunakan ECF, sebahagian kecil sahaja yang menggunakan TCF disebabkan kos.
Isunya di sini adakah kita sebagai pengguna dapat memastikan produk berasaskan kertas (termasuklah tuala wanita pakai buang, lampin bayi pakai buang, tisu dan kertas tandas) manakah yang benar-benar bebas klorin?? Mungkin kita boleh mencadangkan pihak industri untuk meletakkan label bebas klorin pada produk-produk yang melibatkan penggunaan kertas sekiranya mereka benar-benar menggunakan agen peluntur bebas klorin. Jadi kita sebagai pengguna dapatlah membuat pilihan dengan lebih baik.
Sebenarnya isu ini tidaklah berkenaan dengan tuala wanita semata-mata kerana pada zaman yang serba maju ini risiko terdedah kepada bahan kimia yang menggaanggu sistem endokrin (terutamanya estrogen) adalah tinggi. Ini disebabkan bahan-bahan ini telah pun meracuni air, tanah dan udara di bumi; semuanya kerana ulah manusia juga. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha untuk mengurangkan risiko terdedah kepada hormone disruptors ini. Info tentang hormone disruptors ini saya rujuk pada link: www.wsn.org/cbe/hormone.html.
Jika anda berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg produk dari availbeauty sila PM or contact me : 019-9012052
TQ >_~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan